Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham (Bahasa Arab:ابو علی، حسن
بن حسن بن الهيثم)
atau Ibnu Haitham (Basra,965 - Kairo 1039), dikenal dalam kalangan cerdik
pandai di Barat, dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli
dalam bidang sains, falak, matematika, geometri, pengobatan, dan filsafat. Ia
banyak pula melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah memberikan ilham
kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan
mikroskop serta teleskop.
Sejarah
Masa ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang
mundur dan memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya
menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang
diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah
yang sebenarnya.
Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah
melahirkan banyak golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang
falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, pengobatan, dan
sebagainya. Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan
Islam ialah mereka tidak sekedar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda,
tetapi dalam masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara
bersamaan.
Walaupun tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan
pengobatan tetapi dia juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama,
falsafah, dan sebagainya. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu
Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.
Perjalanan hidup
Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali
dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354H
bersamaan dengan 965 Masehi. Ia memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum
dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa
lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan
merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian
dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke
Mesir. Selama di sana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa
kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin
buku-buku mengenai matematika dan falak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
uang cadangan dalam menempuh perjalanan menuju Universitas Al-Azhar.
Hasil daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang
amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, pengobatan, dan
falsafah. Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang
penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai
pengobatan mata telah menjadi asas kepada pengajian pengobatan modern mengenai
mata.
Karya dan penelitian Sains
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan
penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada
ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta
teleskop. Ia merupakan orang pertama yang menulis dan menemukan berbagai data
penting mengenai cahaya.
Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris, antara lain Light dan On Twilight
Phenomena. Kajiannya banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya di
sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari
berada di garis 19 derajat di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan
hilang apabila matahari berada di garis 19 derajat ufuk barat. Dalam
kajiannya, beliau juga telah berhasil menghasilkan kedudukan cahaya seperti
bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca
yang dibakar, dan dari situ ditemukanlah teori lensa pembesar. Teori itu telah
digunakan oleh para ilmuwan di Itali untuk menghasilkan kaca pembesar yang
pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui
prinsip isi padu udara sebelum seorang ilmuwan yang bernama Trricella yang
mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemukan
kewujudan tarikan gravitasi sebelum Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu,
teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang
bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada ilmuwan barat
untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan
film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton
sebagaimana yang dapat kita lihat pada masa kini.
Filsafat
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai
falsafah, logik, metafizik, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Ia
turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.
Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran
dalam masalah yang menjadi pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan
mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam
mengenalinya.
Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh
sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan
yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk
disoroti.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada
matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus
dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya
dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental
akan turut mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu
ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini
beliau berhasil menulis banyak buku dan makalah. Di antara buku hasil karyanya:
Al'Jami' fi Usul
al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik
penganalisaannya;
Kitab al-Tahlil wa
al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
Kitab Tahlil
ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
Maqalah fi
Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap
rantau;
M.aqalah fima
Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
Risalah fi Sina'at
al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan filsafat amat
banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari
segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan
pendapatnya masih relevan hingga saat ini.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah
"dicuri" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang patut
kepada beliau. Tapi sesungguhnya, barat patut berterima kasih kepada Ibnu
Haitham dan para sarjana Islam karena tanpa mereka kemungkinan dunia Eropa
masih diselubungi kegelapan.
sumber:http://id.wikipedia.org/wiki/Ibnu_Haitham


{ 0 komentar... read them below or one }
Posting Komentar